socrates

listen.understand.think.create

HOME STORY NEWS TUTORIAL INFO SPYSHOT VIDEO MOVIE-TVs eBOOK FACEBOOK
Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts



Assalamualaikum wbt.
Selamat sejahtera.


New Entry ni dibuat hanya untuk support my kakak @Tokey Alya or @Hotz Mama yang baik hati, cum-melecun, plus hotz mom ofcourse (tidak digalakkan mengampu ok)..mana tau ade rezki dapat hadiah :D haha.. ok, berikut adalah copy & paste daripada blog beliau :

Tadaaaaaa.... skrg turn mummy laks nk buat lucky draw.. meh meh mari mencoba nasib.. mana tau rezeki ber-blogging kaaaannn...

1 set perfume dari Imtiyaaz Aroma fr Yusof & Zulaika
berserta tas tangan exclusive dari SyazLurve Couture Collection

Syarat-syarat Penyertaan...

  1. Anda adalah seorang blogger (means kena ada blog sendiri naa)
  2. Menetap di Malaysia, x kisah la kt Semenanjung, Sabah n Sarawak
  3. Pastu, Copy Paste jer entry nie, letak kt entri korg, wajib buat entry secara Sticky POst kt blog masing2.. (Toturial camna nk buat sticky post leh study kt SINI)..
  4. sorg leh join satu entry ja taaaaauu..
  5. LEpas siap jer entri korg, korg komen jer entry nie, pastu jgn lupa letak link entry tu skali ek..
  6. Akhir skali.. jgn lupa jadik follower mummy..
  7. Tarikh tutup Lucky draw nie 23 Oct 2010 (nie tarikh utk sticky korg ek), nnt lepas tarikh nie, korg leh buang dah date tu
  8. Nanti mummy akan pilih pemenang guna menda INI



Assalamualaikum wbt.
Selamat Sejahtera.


Terima Kasih pd Bro.Zuq yg sudi share-kan info ni.. Pada dasarnya, aku memang la sangat 'buta' dalam fashion2 ni.. apatah lagi nak tgk fashion show.. Tapi, ceritanya tentang malam 'gala' mengenai Islamic Fashion Festival yg dianjurkan baru-baru ini di Kuala Lumpur menampakkan sedikit kecelaruan tentang 'Fashion' Islam.. hermmm... sekali lagi aku tegaskan, AKU BUTA FASHION..!!

So, andalah yang tentukan di mana letaknya imej ISLAM yang ingin ditonjolkan dalam Islamic Fashion Festival tersebut.. bagi aku, persoalannya jelas : Antara fashion, zaman dan Syara', mana perlu didahulukan?
Aku caption-kan "Islamkah..??" bukanlah aku persoalkan sama ada si pemakai itu Islam atau tidak, tetapi adakah pemakaian spt itu yang dinamakan sebagai Fashion Islam..?? lagi 1 yg paling aku khuatir dan ragu-ragu tentang pemakaian yg ditonjolkan dalam gambar di bawah. Seperti ada yg tidak kena, perhatikan :
Apakah benar itu satu kaligrafi yang menunjukkan kepada seseorang yang DEKAT dengan kita..?? Apakah itu satu bentuk fashion yang perlu di-high-light-kan..?? Adakah dengan adanya kaligrafi sedemikian sudah cukup melambangkan Fashion Islam..??
Aku sengaja tinggalkan persoalan sedemikian agar anda mampu berfikir, mencari & menilai apa itu yang dikatakan "FASHION" dalam ISLAM.. wallahua'lam..

ps: aku sendiri sebolehnya tidak mahu masuk campur akan siapa di belakang tabir pertunjukkan fashion ini. tapi, kalau anda nak tahu siapakah gerangannya, lawati sumber ini dan sumber ini. sekian..



Assalamualaikum wbt.
Selamat Sejahtera.


Kisah artist pergi clubbing, ronggeng sana-sini, adegan terlampau & etc sering kita dengar baik di Malaysia mahupun negara jiran Indonesia malah itu semua aku tak ambil port sangat. Namun, berita yang aku baca sangat2 la menyakitkan hati sanubari dan benak pemikiran.
Kenal dengan Rianti Rhiannon Cartwright..?? Tak kenal ekk.. Ok, Kalau aku sebut nama Aisyah dalam filem 'Ayat-Ayat Cinta' kenal..?? haaaa.. Beliau la yang dimaksudkan.. benar atau tidak, Wallahua'lam.. Namun, mengikut berita yang aku baca, beliau merupakan salah seorang drp 3 org artist Indonesia yang didakwa MURTAD. Sedih sangat bila baca berita macam tu. Sanggup sungguh gadaikan pegangan agama semata-mata kerana CINTA terhadap pasangan kekasih.. Nauzubillah..

Bagi sesiapa yang menggunakan gambar atau icon seperti yg aku tunjuk di bawah, harapnya delete lah.. Sesuatu yang sangat memalukan bagi aku untuk kita agungkan keayuan dan kesopanan yang ditonjolkan dlm gambar terbabit, sedangkan hakikatnya individu dalam gambar terbabit yg sungguh-sungguh menunjukkan betapa CANTIKNYA wanita menutup aurat sendiri GAGAL dalam hidup ISLAM-nya.
ps : ini hanya persepsi drp aku, terpulang kepada anda sendiri sejauh mana utk menilai. bukanlah HAK aku utk menegah sesiapa namun, hanya pendapat sdr berasaskan ilmu yg sedikit. peace :D
sumber



Poster by untouchable ehoza


Assalamualaikum wbt..
Selamat sejahtera..

Pertandingan ini terbuka kepada semua kehidupan di mukabumi ini, tak kiralah ehozarian ataupun tak, blogger baru ataupun lama, yang sedia ada blog mahupun baru nak register. Tarak hal punya..

Melalui pertandingan ini, para peserta dikehendaki mengarang 1 entri blog berkenaan ehoza. Tak kisah la pasal apa pun, sama ada cerita gurau senda dengan ehozarian, info tentang ehoza, event pasal ehoza, boyer2 ehoza, atau apa sahaja berkenaan ehoza sekalipun. Tidak kiralah sama ada ianya adalah kisah benar mahupun rekaan hasil dari imaginasi anda sendiri. Tiada limit ditetapkan untuk membebaskan kreativiti, cuma suka diingatkan agar menyalahgunakan ketiadaan limit terbabit.

Cara penyertaan:

1. Buat 1 blog. (jika sudah ada, sila skip langkah ini. Jika tiada, bolehlah mencubanya berdasarkan tutorial diSINI)
2. buat 1 entri berkenaan ehoza di blog anda.
3. poskan isi beserta link entri terbabit ke thread ini sebagai tanda penyertaan.
4. Poskan link entri terbabit di wall Facebook ehoza.com pada tempoh masa yang ditetapkan. (hanya sekali pos sahaja dibenarkan)

Tarikh pertandingan
28 September 2010 (2.00 PM)- 28 Oktober 2010 (2.00 PM)

Cara pengadilan

untuk pertandingan kali ini, kesemuanya akan ditentukan oleh juri-juri awam sepenuhnya. Ia kan dikira melalui 2 cara.

1. Poll undian dalam ehoza
Semua penyertaan akan dimasukkan ke dalam poll dan para ehozarian akan mengundi yang mana satukah paling menarik. Jika penyertaan lebih dari 20 orang,iaitu nilai maksimum poll, 2 poll akan dibuka dengan jumlah peserta yg sama dan pilihan secara multiple akan dibenarkan. Setiap 1 undian membawa kepada 1 markah.

2. Like button di facebook ehoza
Para peserta dikehendaki meletakkan link entri terbabit di wall facebook ehoza dalam satu tempoh waktu yang ditetapkan (29 Oktober 2010 - 4 November 2010). Dan setiap satu "like" yang bakal didapati oleh post terbabit akan membawa kepada 2 undian.

Kedua-dua undian ini akan dijalankan selama 1 minggu (29 Oktober 2010 - 4 November 2010)

Hadiah Utama
Wang tunai sebanyak RM100
1 tahun nama domain .com
1 bulan pakej pengiklanan di ehoza.com bernilai RM2000


Tips:

1. bagi yang masih baru mengenali ehoza, adalah digalakkan untuk mengambil masa untuk mengenali ehoza dan beramas mesra dengan para usernya terlebih dahulu. Gunakan tempoh 1 bulan itu dengan sebaik-baiknya.
2. Gunakanlah gaya penulisan yang sempoi bagi menarik perhatian pembaca.
3. Untuk undian di wall facebook ehoza, sila gunakan strategi yang baik bagi meningkatkan undian anda


ps: kpd teman2 yg belum lagi 'ehozarian' terbaca entry ni lantas berminat dan berkeinginan nak join pertandingan ini adalah dipersilakan kerana pertandingan ini merupakan pertandingan terbuka. jika nak tahu dengan lebih lanjut berkenaan EHOZA boleh rujuk kpd saya.



Assalamualaikum wbt..
Selamat Sejahtera..

Seperti yang penah aku post-kan dalam Ehoza sebelum ni, so saja nak share-kan dalam blog pulak. Harap memberi manfaat :D

ps: gunakan Facebook untuk kebaikan..peace v..





Entry kali ni saja mau kasi bakaq semangat sket.. Untuk penggemar/'penggila' first-person & third-person shooter video game series mesti dah tau yg bulan November akan datang Call of Duty akan keluar lagi satu siri yg terbaru iaitu Call of Duty : Black Ops..

Korang boleh try usha-usha dekat COD:BlackOps official-site untuk tatapan info yg lebih lanjut.. Tapi untuk kasi bakaq semangat, aku share-kan koleksi wallpaper game COD yg terbaru ni..

Enjoy.. :D

Hotfile
http://hotfile.com/dl/69555230/50f5e34/Black_Ops_Pics.rar.html

FileServe
http://www.fileserve.com/file/dnEmj7q

Untuk link FileServe ni, korang boleh guna khidmat leechtube.com untuk download free..



Assalamualaikum wbt.
Salam Ramadhan al-Mubarak..
The most facts & general info i ever like, and now sharing with you guys.. :D



Assalamualaikum wbt..
Salam Ramadhan al-Mubarak..

Rasanya hari ni pakat ramai tau dah kot ttg isu ni, mungkin sbb dah keluar kat paper ditambah tengah bulan puasa ni..time2 mcm ni sensitiviti umat Islam kat negara kita mmg dilihat menebal.. :D

Namun, isu berkenaan 'Jus Buahan' yang mengandungi Alkohol bukanlah satu isu terbaru malahan telah disuarakan oleh CAP-Consumer's Association of Penang semenjak MAC 2009. Telah sekian lama disuarakan namun masih tiada lagi tindakan pencegahan atau penyekatan daripada pihak ber-WAJIB..

Untuk yg terlepas tentang isu ini boleh rujuk atau lawat di webpage yg disediakan ini :
http://www.malaysiakini.com/news/140953

Namun,aku sedih jugak bila melihat dari segi peranan media semasa kat negara kita ni..toksah pi jauh, tengok saja yg melaporkan berita tersebut hari ini (gambar atas).. sikit pun tidak menyatakan nama/jenis minuman yg dimaksudkan..bahkan gambar botolnya pun seakan diselindung daripada jenama minuman berkenaan..mungkin aku salah faham, atau perkara ini memang berlaku dengan niat..wallahua'lam..
Aku tetap tak puas hati sbb ni isu penting..! Jadi,melalui pengamatan aku yg tak berapa nak tajam ni, ditambah dengan bantuan Google sket maka inilah jenama atau jenis minuman yang dimaksudkan beserta gambar botol minuman tersebut. betul atau tidak, sama2 kita buat pengesahan bila ada masa ke mana-mana hypermarket..insyaAllah..

Storm Twistonic Gin & Tonic (6.3 peratus alkohol), Storm High Ball (5.6 peratus alkohol), Storm Screw Driver (5.6 peratus alkohol), Pelican Black Current + Vodka (5 peratus alkohol), Pelican Pink Vodka (5 peratus alkohol) dan Pelican Vodka Orange (5 peratus alkohol)
(mungkin ini yg dimaksudkan dengan jus buahan yg mempunyai alkohol..zoom gambar utk lihat label alcohol yg dipaparkan dengan font yg lebih kecil)
Pelican Vodka Orange
Pelican Pink Vodka
Perlu diingat, sebahagian minuman itu mengandungi kadar alkohol 5.5 peratus lebih tinggi berbanding kadar alkohol dalam bir tetapi ia masih bebas dijual kepada pelajar sekolah dan kanak-kanak..!!

ps : setiap jenama yg dipaparkan di atas tidak dapat aku sahkan kebenarannya..hanya melihat dari segi faktor bentuk botol dan hanya sedikit gambaran jenama yg sangat tidak jelas melalui gambar di atas..wallahua'lam..
(kalau dah nama vodka atau gin tu mmg sah2 dah jenis kaum kerabat arak..!!)




Assalamualaikum wbt..
Salam Ramadhan al-Mubarak...

Dalam minggu lepas terbaca satu artikel dari satu laman Blog tempatan berkenaan isu penarikan semula sijil halal oleh JAKIM terhadap daging yang diimport oleh pihak McD Malaysia dari Uruguay..skang ni mula dah nak kecoh dlm Facebook tu, setengah org bila ada isu mcm ni dia try google2 dulu cari bukti, setengah org pulak terus je bg komen itu ini..xpela,kita kan negara demokrasi, ape ade hal kan..hehe Yang bestnya, surat penarikan balik tu bertarikh bulan April,kenapa baru sekarang nak kecoh kat dlm internet?? Apakah sensitiviti umat Islam Malaysia ni tebal hanya waktu bulan Ramadhan sahaja?ataupun ada agenda lain bagi sesetengah pihak untuk mengaburi sesuatu isu dengan menimbulkan isu baru..?? entahla, wallahua'lam..
Aku paling last makan kat McD pun sehari sebelum Puasa baru ni.tak ke naya mcm tu bila tau sijil halal tu ditarik balik..!! tapi, aku takde la nak hangin tak tentu pasal..nama pun ada kemudahan intenet, so Google jela kan.. Alhamdulillah, baru kelmarin jumpak dalam artikel dari IsuHangat.net berkenaan status terkini sijil halal mereka. Maka, sekarang ini pihak McD Malaysia telah menggantikan negara pengeluar daging yang diiktiraf sendiri oleh JAKIM iaitu Australia.

Photobucket
Jadinya, aku bukan nak membela sesiapa, tetapi kita harus juga fikir bahawa McDonald Malaysia dalam hal ini cuba untuk mengikut kehendak dan syarat2 kita termasuklah dari segi halal dan sebagainya. Kalau kita tengok balik isu asal, sijil halal itu telah ditarik balik, bukan telah ditolak sebelum McDonald menjualnya kepada kita.

Kronologinya, McDonald telah mencadangkan Badan dari Uruguay tu, pernah diterimapakai Jakim, ditarik semula pada April tahun ini dan McDonald segera mencari alternatif lain atas dasar itu. Tolong betulkan jika anggapan itu salah.
Point aku, ramai orang ISLAM bekerja di McDonald Malaysia. Juga, yang menjadi isu ialah penarikan pengiktirafan ke atas Badan Pensijilan Halal Uruguay itu sendiri, tidak direct kepada status daging. Mungkin berlaku perkara yang melanggar syarak disitu, tetapi lebih baik mendapat butiran lanjut kerana pensijilan Halal tidak semestinya berdasarkan syarak sahaja tetapi juga hal-hal pentadbiran seperti format laporan dan documentation.

Memang kita harus berhati-hati, mungkin makanan McD tidak akan menyihatkan kita. Tetapi dari segi mengikut syarat Halal, aku tiada keraguan setakat ini. Samalah seperti mencari daging2 dipasaran tempatan sekarang, apa bezanya kecualilah anda sendiri memelihara dan menyembelih sendiri daging itu.


ps: gamak tak yakin, kedai burger tepi jalan banyak kot..french fries beli kat tesco balik goreng sdr..beli ayaq coke botoi besaq leh refill ikut suka.. :D




Menaiki kenderaan secara "berdua-duaan" di antara pelatih dan kakitangan yang berlainan jantina adalah satu kesalahan jika dilakukan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Tengku Ampuan Afzan di Kuantan, Pahang. Menurut memo yang diedarkan oleh institut perguruan itu, larangan berkenaan dikuatkuasa sejak 10 Ogos lalu dengan tujuan bagi mengekang kegiatan maksiat. Pengarahnya, Datuk Mazlan Mohamad ketika dihubungi mengesahkan bahawa larangan itu dikeluarkannya mengikut bahagian II dalam Tatatertib Am, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174). Perbuatan berdua-duaan itu sebagai "kelakuan yang boleh ditafsir sebagai boleh merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada nama baik institusi sama ada di dalam atau di luar kampus," menurut salinan memo yang diperolehi Malaysiakini. "Pihak keselamatan tidak akan membenarkan kenderaan yang terlibat keluar dari pintu masuk ke IPG jika melakukan kesalahan yang dinyatakan," memo itu dipetik. "Sebab apa, kita buat begitu sebab hendak cegah. Itu lebih baik sebelum berlaku kejadian seperti buang bayi," kata Mazlan ketika ditanya sebab penguatkuasaan seperti itu. Beliau memberi contoh perbuatan berdua-duaan yang ingin ditegahnya itu seperti "berpegang-pegangan di dalam kereta." Beliau juga menafikan tanggapan bahawa penguatkuasaan itu dibuat dengan melampau, memandangkan tidak ada bantahan daripada para pelajar. Katanya lagi, peraturan itu hanya dikuatkuasakan di kawasan kampus dan ditujukan kepada para pelajar yang secara terang-terangan dan berulang-kali menaiki kenderaan secara berdua-duaan untuk keluar daripada kampus tersebut. "Saya jelaskan kepada pelajar, bukan tidak boleh langsung naik motorsikal bersama. Kalau ada urusan tak apalah. "Cuma kita tidak mahu para pelajar ini sering keluar malam, tambahan pula dengan orang luar." "Kalau untuk makan saja tidak ada masalah. Tapi kalau sudah habis makan tapi masih berdua-duaan dalam kereta, itu sudah tidak patut," katanya. Mazlan bagaimanapun menegaskan, tidak ada bentuk hukuman ditetapkan untuk kesalahan seperti itu. Jelasnya, langkah yang akan diambil adalah menasihati pelajar dan staf terbabit apabila timbul banyak aduan berhubung tingkah laku mereka. Tambahnya, beliau tidak tahu sama ada institut pengajian tinggi lain turut mengambil langkah sama seperti kampus tersebut. Katanya lagi, warga kampus itu yang sebahagian besarnya terdiri daripada kira-kira 1,400 orang pelajar perlu menyedari keadaan sosial setempat di Kuala Lipis yang menurutnya sukar menerima perbuatan seperti itu. Jelasnya, tahap toleransi masyarakat luar bandar itu adalah berbeza daripada masyarakat seperti Kuala Lumpur.

Kali ni aku paste kan je info ni.. bg aku satu kelaian yg perlu kita amek tahu..


Kelmarin, pada 6 Ogos 2009, laman web parti politik terbesar di Israel iaitu Kadima telah digodam oleh hacker Palestin. Menurut jurucakap parti itu, bukan website Kadima sahaja yang terlibat malah blog peribadi pemimpin parti itu juga turut diceroboh.

Keadaan itu disedari oleh administrator setelah mendapati wajah Livni telah diletakkan simbol sasaran tembak dengan beberapa slogan hasutan terhadap parti Kadima seperti “God will defeat Israel” di dalam bahasa Arab dan Hebrew. Kini pasukan teknologi maklumat parti Kadima sedang bertungkus-lumus membersihkan semula laman web tersebut. Menurut akhbar The Associated Press, kemungkinan pencerobohan itu mungkin dilakukan oleh Gaza Hacker Team (GHT) berdasarkan logo kumpulan yang diletakkan pada web.
Tindakan GHT ini mungkin untuk membalas tindakan kumpulan hacker Israel dari Gerakan Kach yang menggodam tiga laman web kepunyaan parti Arab-Balad iaitu Arab42.com, Mahsom.com dan Arabic-Language.com pada Jun 2008.
Sebelum menggodam laman web parti Kadima, Gaza Hacker Team telah melakukan tindakan di luar dugaan pihak keselamatan Israel iaitu menceroboh dan mengambil alih laman web serta stesen Radio 102FM milik Israel pada 19 Januari 2009.
Pencerobohan tersebut tidak disedari pasukan komputer stesen radio tersebut dan selepas disedari, pasukan komputer itu terpaksa pula mengambil masa yang lama untuk mendapatkan semula kawalan stesen radio internet mereka.
Perang Dunia Digital Bermula
Menurut wartawan Israel iaitu Maayan Cohen, kumpulan hacker dari Gaza tidak sahaja bergerak bersendirian, mereka sangat teratur dan mempengaruhi hacker-hacker dari negara lain yang pro-Palestin.
Sehingga akhir 2008, laporan menunjukkan sudah beribu-ribu laman web dari Israel telah digodam oleh hacker-hacker luar negara khususnya dari Iran, Lubnan, Maghribi, Turki dan Algeria. Selain itu, hacker pro-Palestin juga turut cuba menggodam laman web bank dan agensi-agensi kerajaan di Israel.
Menurut laporan dari web CNN.com, kumpulan hacker dari Maghribi yang digelar Team Evil disyaki paling banyak menggodam web-web dari Israel. Serangan tersebut disyaki telah dilakukan sejak tahun 2006 lagi.
Lanjutan dari permasalahan ini, Kementerian Luar Israel telah mengeluarkan dana khas membantu kelompok hacker dan propagandist dari Israel yang berhasrat mempertahankan dasar-dasar luar negara Israel. Bukan itu sahaja, rakyat Israel juga digalakkan memuat turun suatu perisian khusus untuk memberi sokongan kepada kerajaan Israel. Perisian itu diberi nama Megaphone. Menurut jurucakap Kementerian Luar Israel, setakat sudah 50,000 pelayar internet memuat turun perisian tersebut.

my komen : secara logiknya mmg org2 palestin sukar utk menewaskan tentera zionis/mosad ni dari segi front line battle.. kita pulak tersangat laaa sukar utk memboikot KESEMUA barangan yg ader kaitan dgn israel.. so, medium hacking ni salah satu cara yg menarik yg mungkin kita tak sedar pun kehebatan & kedahsyatannya.. bayangkan klu seseorang/sesebuah team hacker tu dpt terajui system ketenteraan sesebuah negara, segala kecanggihan yg sedia ada tu dpt dikuasai dan diguna semula utk menentang negara berkenaan.. ibarat kata, 'you hack, and you hit back..!!'

kesimpulan : jom blaja jd hacker mau..?? :D

Bila ramai yg dpt tahu tentang ceramic diserang Bank Negara, maka ramailah yg 'menyerbu' aku.. ibarat company tu bapak aku yg empunya.. maka sekalian kalinya detik waktu itu kehadiran bermacam sms masuk ke inbox.. antaranya yg termashur 2 org 'alim ulamak kabir' mengeposnya, "Polis odw ke mgkuang dh" + "hg gelak hg gelak, sat g hg gelak puas dlm lokap"

Itukah ungkapan persoalan yg sepatutnya seorang yg boleh dikatakan kawan memberi respon sedemikian rupa kepadaku yg baru ditimpa musibah..? itukah alim ulamak yg aku kenal..? ibarat bak kata pepatah, ular dlm semak..!! shame on you guys.. maka, aku tempuh hari2 berikut dengan penghinaan dan cemuhan.. mereka melaungkan kata2 sengau dan sumbang menuduh aku menipu..
sedangkan mereka2 itu belum pun dlm kesatuan bersamaku untuk menanam bijih emas.. shame on you twice..

rakan2 seperjuangan dlm kesatuan itu mahupun agak terkejut dan terpinga tetap bersama menyokongku.. tetap di sisiku yg hampir tersungkur mencium bumi.. maka seorang yg aku anggap wira muda dtg kepadaku mengatakan, "bro, aku join ceramic duk bawah hg bukan sbb nk jadi kaya tak tentu pasai.. aku join sbb itu satu peluang.. klu rugi pun, aku tak salahkan hg sbb ni tindakan aku, dan aku sanggup tanggung risiko.." ohh.. kata2 itu membuatku semangat kembali..

3-5 hari belasungkawa..akhirnya mendapat pengkhabaran CERAMIC dah terkubur...!!! kuburnya yang tanpa jasad.. kuburnya tanpa nisan.. kuburnya mmg dinanti oleh mereka yg dengki..!! aku sedih.. sedih kerana memikirkan selepas ini tidak lagi dapat berbakti kepada keluarga, sahabat2 'seperjuangan', dan intan permataku..

namun, aku tetap yakin dengan azam dan impian aku.. walau ceramic sudah terkubur, tapi ingatlah..kuburnya tanpa jasad dan nisan.. bermakna, liangnya kosong..!!!
maka, nantilah...tunggulahhh... kami akan metamorphosis... and what ever u'll say, we will REBORN..



At 8.30pm on 28 March 2009, cities and towns across the world will turn off their lights for one hour sending a powerful global message that we can meet the challenge of climate change. In what the organisers hope will be the world’s largest mass participation event, WWF’s Earth Hour 2009 hopes to involve one billion people in more than 1,000 cities around the globe, including 32 New Zealand towns, cities and districts. more infos

Will we join them..? absalutely...!!

don't forget to light up ur candle...!!! peace for earth

Link Exchange

Kepada sesiapa yang datang ke Blog ini & ingin meninggalkan jejak, saya alu-alukan niat murni anda. Tinggalkan Link ke Blog anda untuk saya balas kunjungan. Terima Kasih :D

guyo


About this blog

Everything About Knowledge and Skill

Followers

Lenny wonderpet


ShoutMix chat widget

buzz when u care

twit-twit

Facebook Badge

gets my updates

Bookmark and Share

Add to Google Reader or Homepage

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

paste this onto ur page

BannerFans.com

advertisment

owez
aDRiaNa
BannerFans.com
BannerFans.com

oldschoolership

IPGM - bloggers

SUARA GURU MALAYSIA
Ehoza.com - Global Information Community

ehoza squadron