socrates

listen.understand.think.create

HOME STORY NEWS TUTORIAL INFO SPYSHOT VIDEO MOVIE-TVs eBOOK FACEBOOK
Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts



Assalamualaikum wbt.
Selamat Sejahtera.


Info untuk para Graduasi PISMP Ambilan Januari 2007 :

Berikutan dengan aduan yang telah dibuat oleh bapa seorang guru pelatih dari Institut Perguruan Tuanku Bainun (mktb aku tu..haha) berhubung dengan kelewatan pembayaran elaun dan Ijazah yang masih belum diiktiraf maka hari ini, 30/11/2010 telah keluar satu kenyataan berhubung perkara terbabit di samping jawapan daripada isu penempatan kepada bakal guru-guru baru PISMP IPG ambilan Januari 2007.

Sebelum itu, suka saya selitkan aduan yang telah dipaparkan pada 17/11/2010 dlm Berita Harian yang lepas :

Berikut pula merupakan jawapan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia : sumber : Facebook page PISMP Ambilan Januari 2007


“SATU MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”



Tuan/Puan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada pertanyaan tuan/puan No. Rujukan : 146054 bertarikh 29hb November 2010 berkaitan dengan penempatan pelajar lepasan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP).

Untuk makluman tuan/puan, tiada tarikh tetap mengenai semakan keputusan penempatan guru bagi calon lepasan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) akan dikeluarkan. Semakan boleh dilakukan melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan calon juga disarankan untuk menunggu surat tawaran yang yang akan diedarkan.

Penempatan bakal-bakal guru adalah berdasarkan kepada kekosongan tempat, keperluan perkhidmatan dan opsyen pendidikan di sesebuah kawasan.

Adalah dinasihatkan supaya melayari laman sesawang KPM di http://www.moe.gov.my/ dari semasa ke semasa untuk mendapatkan pemberitahuan terkini berkaitan penempatan guru lepasan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) tersebut.

Diharap maklumat/jawapan yang diberi dapat membantu tuan/puan.

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi, Khidmat Pelanggan KPM (KPKPM) di talian 03-77237070 dengan memaklumkan nombor rujukan tuan/puan seperti di atas. Terima kasih kerana berurusan dengan KPKPM.



Sekian. “SEDIA BANTU”



Yang benar,
AMINAH BINTI SHUIB
Eksekutif Khidmat Pelanggan Bahagian Khidmat Pelanggan Kementerian Pelajaran Malaysia



Assalamualaikum wbt.
Selamat Sejahtera.


Lama sudah tidak meng-update blog. InsyaAllah, akan mula meng-update-nya start hari ni. hehe. so, anggaplah entry ni sbg warming up ok..

ISMAIL (duduk dua dari kiri) bersama pegawainya mendengar taklimat mengenai mock kasino di di Maktab PDRM di Cheras semalam. Duduk di sebelah Ismail Timbalan Presiden Eksekutif Operasi Resort Genting Malaysia Berhad, Kevin Sim Kia Ju.


KUALA LUMPUR - Polis telah mewujudkan makmal kasino atau mock casino yang didirikan di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras di sini bagi melatih pegawai dan anggotanya supaya menjadi pakar dalam menangani jenayah perjudian.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, mock casino tersebut didirikan dengan peruntukan RM198,000 manakala peralatan dan kelengkapan perjudian bernilai RM110,000 disumbangkan oleh Genting Malaysia Berhad.

Menurut beliau, penubuhan makmal yang mirip kasino sebenar itu yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan perjudian seperti roullette, mesin slot dan cip bertujuan melatih pegawai JSJ menjadi pakar dalam judi.

"Ibarat untuk menangkap pencuri, perlu jadi pencuri," ujar Ismail.

Kata Ismail, sejak tahun 2000 sehingga 2009, seramai 318 pegawai telah dihantar menjalani kursus di makmal tersebut dan mereka telah diiktiraf sebagai pakar judi.

Ismail berkata demikian di Maktab PDRM ketika beliau memperkenalkan tiga inisiatif baru PDRM bagi memperkasakan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dalam penyiasatan dan membanteras kegiatan jenayah.

Selain mock casino, dua lagi inisiatif baru yang diumumkan oleh Ismail ialah penerbitan buku manual Prosedur Operasi Standard (SOP) siasatan jenayah berat dan laman Portal JSJ Update.
Aku langsung 'tak boleh blah' dgn dgn penyataan yg aku bold-kan tu.. kalau mcm tula pegangan Polis kat Malaysia hari ni, mcm mana pulak nak benteras jenayah lain..?? contoh mcm rogol.. takkan Polis kat Malaysia ni kena jalani latihan untuk jadi perogol..?? Apa yang aku tau, "Matlamat langsung tak menghalalkan CARA". Lagi satu, apa RASIONAL nya polis tau main judi..?? Adakah dalam undang-undang sivil kat dunia kata nak tangkap org main judi memerlukan penguatkuasa itu tahu akan selok-belok perjudian..??

Kalau diorang belanjakan RM198,000 tu untuk program-program motivasi atau membina jati diri Polis lagi bagus.. Banyakan program-program berunsurkan agama ke.. Ramai lagi Polis yg 'corrupt' perlu dibimbing ke jalan yang betul..!!

Aku tak kata semua Polis ok.. Dalam keluarga aku sendiri pun ada yang menganggotai bidang kepolisian ni.. Tapi adat la, 'Nila setitik, rosak susu sebelanga'

ps: Ok, kalau apa yg aku cakapkan ni boleh timbulkan isu, sila bincangkan dalam ruangan comment ok.. TQ

Assalamualaikum wbt.
Selamat Sejahtera.


Apa khabar semua..?? harapannya semua sihat disamping orang yang tersayang :D
Di sini saya ingin meminta jasa baik anda untuk "VOTE" atau undi saya dalam satu pertandingan yang dinamakan "Ehoza Blogging Contest". Undi anda sangat bermakna buat saya :D


Caranya :
Langkah 1 : Baca entry ini Update Facebook Status via Ehoza.com
Langkah 2 : Pergi ke Page Ehoza.com di Facebook untuk mengundi. Klik sini
, klik button like untuk membolehkan anda access ke page tersebut.
Langkah 3 : Pergi ke entry saya yg telah di-post-kan oleh admin ehoza.com di Facebook untuk mengundi dengan klik pada 'like'. Klik sini
Terima kasih :D



Assalamualaikum wbt.
Selamat Sejahtera.


Aku sangat jarang baca newspaper. Tambah plak yg mainstream news, lagi la kan..haha.. Namun, bila ada kesempatan waktu utk baca paper, aku mesti cari berita2 yg bukan stereotypes yg macam selalu keluar tu..Contoh, mcm tajuk entry ni.. Bukak je paper terus jumpak berita 'gempak' mcm ni :

Pasangan tunang termuda di dunia

Seriously berita mcm ni boleh membuatkan aku jealous dgn dak2 ni..haha..senang2 je boleh tunang..Aku yang dah lebih setahun merisik ni pun masih lagi belum bertunang..huhu
By the way, buat pembaca entry ini harapannya dapat menDOAKAN agar dipermudahkan segala urusanku dlm mengerjakan IBADAH mendidirkan masjid nanti..Thank you in advance :D
sumber : myMetro online




Menaiki kenderaan secara "berdua-duaan" di antara pelatih dan kakitangan yang berlainan jantina adalah satu kesalahan jika dilakukan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Tengku Ampuan Afzan di Kuantan, Pahang. Menurut memo yang diedarkan oleh institut perguruan itu, larangan berkenaan dikuatkuasa sejak 10 Ogos lalu dengan tujuan bagi mengekang kegiatan maksiat. Pengarahnya, Datuk Mazlan Mohamad ketika dihubungi mengesahkan bahawa larangan itu dikeluarkannya mengikut bahagian II dalam Tatatertib Am, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174). Perbuatan berdua-duaan itu sebagai "kelakuan yang boleh ditafsir sebagai boleh merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada nama baik institusi sama ada di dalam atau di luar kampus," menurut salinan memo yang diperolehi Malaysiakini. "Pihak keselamatan tidak akan membenarkan kenderaan yang terlibat keluar dari pintu masuk ke IPG jika melakukan kesalahan yang dinyatakan," memo itu dipetik. "Sebab apa, kita buat begitu sebab hendak cegah. Itu lebih baik sebelum berlaku kejadian seperti buang bayi," kata Mazlan ketika ditanya sebab penguatkuasaan seperti itu. Beliau memberi contoh perbuatan berdua-duaan yang ingin ditegahnya itu seperti "berpegang-pegangan di dalam kereta." Beliau juga menafikan tanggapan bahawa penguatkuasaan itu dibuat dengan melampau, memandangkan tidak ada bantahan daripada para pelajar. Katanya lagi, peraturan itu hanya dikuatkuasakan di kawasan kampus dan ditujukan kepada para pelajar yang secara terang-terangan dan berulang-kali menaiki kenderaan secara berdua-duaan untuk keluar daripada kampus tersebut. "Saya jelaskan kepada pelajar, bukan tidak boleh langsung naik motorsikal bersama. Kalau ada urusan tak apalah. "Cuma kita tidak mahu para pelajar ini sering keluar malam, tambahan pula dengan orang luar." "Kalau untuk makan saja tidak ada masalah. Tapi kalau sudah habis makan tapi masih berdua-duaan dalam kereta, itu sudah tidak patut," katanya. Mazlan bagaimanapun menegaskan, tidak ada bentuk hukuman ditetapkan untuk kesalahan seperti itu. Jelasnya, langkah yang akan diambil adalah menasihati pelajar dan staf terbabit apabila timbul banyak aduan berhubung tingkah laku mereka. Tambahnya, beliau tidak tahu sama ada institut pengajian tinggi lain turut mengambil langkah sama seperti kampus tersebut. Katanya lagi, warga kampus itu yang sebahagian besarnya terdiri daripada kira-kira 1,400 orang pelajar perlu menyedari keadaan sosial setempat di Kuala Lipis yang menurutnya sukar menerima perbuatan seperti itu. Jelasnya, tahap toleransi masyarakat luar bandar itu adalah berbeza daripada masyarakat seperti Kuala Lumpur.

Kali ni aku paste kan je info ni.. bg aku satu kelaian yg perlu kita amek tahu..


Kelmarin, pada 6 Ogos 2009, laman web parti politik terbesar di Israel iaitu Kadima telah digodam oleh hacker Palestin. Menurut jurucakap parti itu, bukan website Kadima sahaja yang terlibat malah blog peribadi pemimpin parti itu juga turut diceroboh.

Keadaan itu disedari oleh administrator setelah mendapati wajah Livni telah diletakkan simbol sasaran tembak dengan beberapa slogan hasutan terhadap parti Kadima seperti “God will defeat Israel” di dalam bahasa Arab dan Hebrew. Kini pasukan teknologi maklumat parti Kadima sedang bertungkus-lumus membersihkan semula laman web tersebut. Menurut akhbar The Associated Press, kemungkinan pencerobohan itu mungkin dilakukan oleh Gaza Hacker Team (GHT) berdasarkan logo kumpulan yang diletakkan pada web.
Tindakan GHT ini mungkin untuk membalas tindakan kumpulan hacker Israel dari Gerakan Kach yang menggodam tiga laman web kepunyaan parti Arab-Balad iaitu Arab42.com, Mahsom.com dan Arabic-Language.com pada Jun 2008.
Sebelum menggodam laman web parti Kadima, Gaza Hacker Team telah melakukan tindakan di luar dugaan pihak keselamatan Israel iaitu menceroboh dan mengambil alih laman web serta stesen Radio 102FM milik Israel pada 19 Januari 2009.
Pencerobohan tersebut tidak disedari pasukan komputer stesen radio tersebut dan selepas disedari, pasukan komputer itu terpaksa pula mengambil masa yang lama untuk mendapatkan semula kawalan stesen radio internet mereka.
Perang Dunia Digital Bermula
Menurut wartawan Israel iaitu Maayan Cohen, kumpulan hacker dari Gaza tidak sahaja bergerak bersendirian, mereka sangat teratur dan mempengaruhi hacker-hacker dari negara lain yang pro-Palestin.
Sehingga akhir 2008, laporan menunjukkan sudah beribu-ribu laman web dari Israel telah digodam oleh hacker-hacker luar negara khususnya dari Iran, Lubnan, Maghribi, Turki dan Algeria. Selain itu, hacker pro-Palestin juga turut cuba menggodam laman web bank dan agensi-agensi kerajaan di Israel.
Menurut laporan dari web CNN.com, kumpulan hacker dari Maghribi yang digelar Team Evil disyaki paling banyak menggodam web-web dari Israel. Serangan tersebut disyaki telah dilakukan sejak tahun 2006 lagi.
Lanjutan dari permasalahan ini, Kementerian Luar Israel telah mengeluarkan dana khas membantu kelompok hacker dan propagandist dari Israel yang berhasrat mempertahankan dasar-dasar luar negara Israel. Bukan itu sahaja, rakyat Israel juga digalakkan memuat turun suatu perisian khusus untuk memberi sokongan kepada kerajaan Israel. Perisian itu diberi nama Megaphone. Menurut jurucakap Kementerian Luar Israel, setakat sudah 50,000 pelayar internet memuat turun perisian tersebut.

my komen : secara logiknya mmg org2 palestin sukar utk menewaskan tentera zionis/mosad ni dari segi front line battle.. kita pulak tersangat laaa sukar utk memboikot KESEMUA barangan yg ader kaitan dgn israel.. so, medium hacking ni salah satu cara yg menarik yg mungkin kita tak sedar pun kehebatan & kedahsyatannya.. bayangkan klu seseorang/sesebuah team hacker tu dpt terajui system ketenteraan sesebuah negara, segala kecanggihan yg sedia ada tu dpt dikuasai dan diguna semula utk menentang negara berkenaan.. ibarat kata, 'you hack, and you hit back..!!'

kesimpulan : jom blaja jd hacker mau..?? :D

Link Exchange

Kepada sesiapa yang datang ke Blog ini & ingin meninggalkan jejak, saya alu-alukan niat murni anda. Tinggalkan Link ke Blog anda untuk saya balas kunjungan. Terima Kasih :D

guyo


About this blog

Everything About Knowledge and Skill

Followers

Lenny wonderpet


ShoutMix chat widget

buzz when u care

twit-twit

Facebook Badge

gets my updates

Bookmark and Share

Add to Google Reader or Homepage

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

paste this onto ur page

BannerFans.com

advertisment

owez
aDRiaNa
BannerFans.com
BannerFans.com

oldschoolership

IPGM - bloggers

SUARA GURU MALAYSIA
Ehoza.com - Global Information Community

ehoza squadron