socrates

listen.understand.think.create

HOME STORY NEWS TUTORIAL INFO SPYSHOT VIDEO MOVIE-TVs eBOOK FACEBOOK
Showing posts with label Movie-Tvs. Show all posts
Showing posts with label Movie-Tvs. Show all posts

Assalamalaikum wbt.
Selamat Sejahtera.




Kepada yg tak tahu yg Nur Kasih nak keluar Movie, RUJUK SINI.. Kepada yang dah tahu, stakat Ahad lepas, ada 3 video teaser yg telah di-reveal-kan.. harapnya, official trailer keluar tak lama lagi.. :D

Nur Kasih The Movie 1st teaser


Nur Kasih The Movie 2nd teaser


Nur Kasih The Movie 3rd teaser

Assalamulaikum wbt.
Selamat Sejahtera.





Setiap movie yang akan di-release mesti punya Trailer-klip tayangan pendek utk kasi itu first impression atau mahu perangat sama org ramai. First time dlm hidup aku tengok trailer movie Melayu meremang bulu roma-bukan sbb takut tp teruja..!!

Trailer Hikayat Merong Mahawangsa atau The Malay Chronicles dlm English serius nampak hebat..! OST pun dah mcm Hollywood punya style. Harapannya, movie tu nanti betul2 gempak bukan hanya teknik CGI yg digunakan oleh KRU, tapi storyline juga biar munasabah & tak boring..!!

P.s: untuk info lanjut boleh tengok dekat IMDb dan budiey.com



Assalamualaikum wbt..
Selamat Sejahtera..


The Avengers.. Itulah jawapan kepada entry aku sebelum ini tentang kenapa Shield Captain America & Hammer Thor muncul dalam movie Iron Man 2, disamping munculnya beberapa character penting seperti Black Widow,Agent Fury dan Agent Phil Coulson, juga dlm movie berkenaan. Dan memang jelas dalam Iron Man 2, Tony Stark ada melihat satu dokumen tentang Avengers Initiative yg mana Agent Fury cepat2 halang Tony Stark drp terus baca.

Dokumen Avengers Initiative yg Tony Stark perasan.Klik gambar untuk enlarge.
Tony Stark tengah baca laporan berkenaan cadangan membabitkan Iron Man dlm Avengers Initiative

The Avengers adalah merujuk kepada satu himpunan character2 Superheroes dlm membentuk satu pasukan yg betul-betul umpphh bagi menyelamatkan bumi daripada ancaman villain..errrr...haha..(hanya golongan gila superheroes ja paham perasaan mcm ni) ;p
Movie Poster tak rasmi (kasi nampak contoh sahaja)

Kemunculan Shield Captain America dan Hammer Thor dalam movie Iron Man 2 juga adalah merupakan suatu hint atau clue yg mana akan munculnya pulak movie khas untuk memperkenalkan character2 tersebut sebelum munculnya movie The Avengers yg akan menghimpunkan Iron Man, Captain America, Thor, The Hulk, Black Widow, Eagle Eye dan lain-lain dalam satu movie..WOW..!!
Buktinya sudah tentu dengan keluarnya poster-poster movie berkenaan yang bercambah dalam google image skang ni.. :D
Movie Poster Captain America 2011
Movie Poster Thor May 2011
Unofficial Movie Poster bagi The Avengers yang akan ditayangkan pd 2012.

Berikut pula merupakan barisan pelakon yg kompem beraksi dlm movie The Avengers tu nanti.
Dari kiri : Iron Man>Agent Phil Coulson>Black Widow>Thor>Captain America>Agent Fury>Hawkeye>The Hulk.

Dah macam commentator plak aku ni..maklum la, movie mcm ni mmg sangat2 aku nantikan.harapnye lepas ni Justice League plak dominasi..hehe
untuk maklumat lebih lanjut korang buleh rujuk sini :
1)Beyondhollywood
2) IMDB - The Avengers
3) The Avengers - wikipedia



Assalamualaikum wbt..
Salam Aidilfitri buat semua..

Ini post entry yang pertama semenjak lappy kesayangan dikebas si malaun pencuri pada 2 minggu lepas. So, sejak itulah aku rasa down je and malas nak bergiat aktif balik sbb dah tadak lappy.. Posting kali ni pun aku pijam kakak aku nye lappy jap..haha
Ok, benda dah jadi biaq pi.. Nak sedih lama-lama pun tak guna sbb benda tu tetap kena curik.. Bak kata org putih, "let bygone be bygone"..

Korang dah tengok ke Iron Man 2..? Movie ni tayang dlm Mei tahun ni tp baru 5 hari lepas (September) aku tengok.. haha.. Tak apala lambat sket janji quality cun melecun tahap Blueray..hehe Aku takmau komen tentang jalan cerita ke apa, tapi sepanjang menonton movie ni korang perasan tak ramai gila watak-watak comic yg penting muncul..?? Ada setengah tu - walaupun bukan wataknya yg muncul tp gadjet/tool/power equipment pun sudah cukup utk menggambarkan ttg watak yg ingin dimaksudkan.. Tak perasan ke..?? Ok, sebagai bukti aku sertakan capture-capture yang aku ambik dari movie Iron Man 2.

Agent Nick Fury (Samuel L.Jackson) & Natasha Romanoff/Black Widow (Scarlett Johansson) diperkenalkan dengan terang-terangan
Agent Phil Coulson (Clark Gregg) tengah tunjuk kat Tony Stark/Iron Man (Robert Downey Jr.) Shield Captain America
Hammer Mjolnir Thor
Ok, dah perasan sekarang..?? Mesti korang tertanya-tanya sbb apa watak-watak & equipment superheroes lain menempek kat dalam Iron Man 2 ni kan..??

Tunggu ENTRY yg selanjutnya kalau betul-betul nak tahu.. :D


Barisan pelakon Nur Kasih, (depan) Tiz Zaqyah dan Remy Ishak, (belakang dari kiri) adik Ilyas, Liza Othman, Fizz Fairuz dan adik Miasara.

PENANGAN sentuhan hebat pengarah prolifik, Kabir Bhatia dan tulisan skrip isterinya, Mira Mustaffa menerusi drama Nur Kasih masih terpahat di ingatan setiap penonton setia siri itu.

Tempiasnya, barisan pelakon yang membintangi drama itu seperti Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Fizz Fairuz dan Ayu Raudhah menerima impak hebat apabila berjaya melonjakkan populariti mereka.

Atas permintaan ramai, siri itu meneruskan kesinambungannya tetapi bukannya di kaca televisyen lagi, bahkan ke layar lebar.

Baru-baru ini, Grand Brilliance Sdn. Bhd. (GBSB) selaku penerbit bersama filem Nur Kasih mengundang wartawan ke Kampung Sawah Sempadan, Tanjung Karang, Kuala Selangor untuk menyaksikan sendiri pembikinan filem itu.

Filem yang menelan kos pembikinan dan pemasaran sebanyak RM2.8 juta itu sudah pun selesai penggambaran pada 24 Julai lalu.

Menurut Kabir, proses penggambaran filem itu berjalan lancar.

Katanya, keadaan cuaca seakan-akan menyebelahi mereka tatkala penggambaran sedang berlangsung.

Penggambaran yang bermula pada 20 Jun itu dimulakan di lokasi tersebut selama empat hari sebelum berangkat ke Jordan selama 12 hari.

Selepasi Jordan, kata Kabir, penggambaran disambung di sekitar Putrajaya dan Kuala Lumpur sebelum kembali semula ke Tanjung Karang.

Di Jordan katanya, penggambaran berjalan dengan lancar walaupun ada kekangan bahasa di kalangan krew di sana.

"Tidak semua krew di Malaysia mengikuti penggambaran di sana.

"Jadi, ketika di sana, kami menggunakan khidmat krew tempatan. Mujur ada di antara mereka yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris," ujar sutradara itu lagi.

Memandangkan Jordan merupakan sebuah negara padang pasir yang amat jarang turunnya hujan, Kabir menjangkakan ia peluang terbaik untuk menyiapkan penggambaran tanpa menghadapi masalah.

Sambil berseloroh, Kabir memberitahu, walaupun terselamat daripada hujan, dia terlupa dengan kejadian ciptaan tuhan yang dinamakan ribut pasir.

"Bagaimanapun, tiada apa yang serius berlaku ketika ribut pasir melanda. Kami akan berhenti sekejap sementara menunggu ribut tersebut reda.

"Bila keadaan kembali seperti sedia kala, penggambaran diteruskan," katanya berkongsi pengalaman di negara itu.

Dalam filem Nur Kasih, babak kemalangan yang melibatkan pelakon yang dirahsiakan wataknya merupakan antara yang agak mencabar untuk dilakonkan.

Kata Kabir, ia memerlukan kesabaran dan kepakaran yang tinggi. Tidak ada pelagak ngeri digunakan. Pelakon memberikan komitmen tinggi untuk menjayakan babak itu.

"Namun, babak itu akan dicampurkan dengan bantuan imej janaan komputer (CGI) bagi menambahkan lagi tarikannya," jelasnya.

Filem yang dijangka menjengah pawagam pada Mac 2011 itu akan menampilkan dua pelakon baru iaitu Sarah Ali dan Munif.



sesetengah org kita ni malu nk mengaku yg dia ni suka mknan tempatan.. bila ditanya, semua beria-ria sebut western food.. bila ditanya sbb apa..? jwbnya mungkin.. "alaaa..tak universal la mknan2 alah tu..mkn western baru gempak.. baru amarica..!" hehe..
tahukah kita bahawa org2 western pun mkn mknn kita..?even amarica pn bangga mknn kita..cth plg senang tempeh.. buktinya, tengok bawah ni..

situasi : 2 org agents homeland security dlm cerita Prison Break baru balik dr lunch.. agent warren (kulit hitam) menanyakan apa yg dinamakan oleh agent don (kulit putih)

situasi : belum sempat agent don jawab, agent warren tanya utk kepastian..TEMPEH..? agent don pun jwb.. "Yeah.." sambil buat muka bangga..

untuk kepastian sila tengok Prison Break S04E05.. mungkin aku salah paham.. tapi aku yakin,itulah yg dimaksudkan.. hehe..
untuk bacaan lanjut mengenai tempeh klik sini
pengajaran : janganlah malu utk mengaku kita ni suka mkn tempeh.. sbb tempeh dah universal & popular.. hehehe..

Link Exchange

Kepada sesiapa yang datang ke Blog ini & ingin meninggalkan jejak, saya alu-alukan niat murni anda. Tinggalkan Link ke Blog anda untuk saya balas kunjungan. Terima Kasih :D

guyo


About this blog

Everything About Knowledge and Skill

Labels

Followers

Lenny wonderpet


ShoutMix chat widget

buzz when u care

twit-twit

Facebook Badge

gets my updates

Bookmark and Share

Add to Google Reader or Homepage

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

paste this onto ur page

BannerFans.com

advertisment

owez
aDRiaNa
BannerFans.com
BannerFans.com

oldschoolership

IPGM - bloggers

SUARA GURU MALAYSIA
Ehoza.com - Global Information Community

ehoza squadron