Assalamualaikum wbt..
Salam Ramadhan al-Mubarak...
Dalam minggu lepas terbaca satu artikel dari satu laman Blog tempatan berkenaan isu penarikan semula sijil halal oleh JAKIM terhadap daging yang diimport oleh pihak McD Malaysia dari Uruguay..skang ni mula dah nak kecoh dlm Facebook tu, setengah org bila ada isu mcm ni dia try google2 dulu cari bukti, setengah org pulak terus je bg komen itu ini..xpela,kita kan negara demokrasi, ape ade hal kan..hehe Yang bestnya, surat penarikan balik tu bertarikh bulan April,kenapa baru sekarang nak kecoh kat dlm internet?? Apakah sensitiviti umat Islam Malaysia ni tebal hanya waktu bulan Ramadhan sahaja?ataupun ada agenda lain bagi sesetengah pihak untuk mengaburi sesuatu isu dengan menimbulkan isu baru..?? entahla, wallahua'lam..
Aku paling last makan kat McD pun sehari sebelum Puasa baru ni.tak ke naya mcm tu bila tau sijil halal tu ditarik balik..!! tapi, aku takde la nak hangin tak tentu pasal..nama pun ada kemudahan intenet, so Google jela kan.. Alhamdulillah, baru kelmarin jumpak dalam artikel dari IsuHangat.net berkenaan status terkini sijil halal mereka. Maka, sekarang ini pihak McD Malaysia telah menggantikan negara pengeluar daging yang diiktiraf sendiri oleh JAKIM iaitu Australia.
Kronologinya, McDonald telah mencadangkan Badan dari Uruguay tu, pernah diterimapakai Jakim, ditarik semula pada April tahun ini dan McDonald segera mencari alternatif lain atas dasar itu. Tolong betulkan jika anggapan itu salah. Point aku, ramai orang ISLAM bekerja di McDonald Malaysia. Juga, yang menjadi isu ialah penarikan pengiktirafan ke atas Badan Pensijilan Halal Uruguay itu sendiri, tidak direct kepada status daging. Mungkin berlaku perkara yang melanggar syarak disitu, tetapi lebih baik mendapat butiran lanjut kerana pensijilan Halal tidak semestinya berdasarkan syarak sahaja tetapi juga hal-hal pentadbiran seperti format laporan dan documentation.
Memang kita harus berhati-hati, mungkin makanan McD tidak akan menyihatkan kita. Tetapi dari segi mengikut syarat Halal, aku tiada keraguan setakat ini. Samalah seperti mencari daging2 dipasaran tempatan sekarang, apa bezanya kecualilah anda sendiri memelihara dan menyembelih sendiri daging itu.
ps: gamak tak yakin, kedai burger tepi jalan banyak kot..french fries beli kat tesco balik goreng sdr..beli ayaq coke botoi besaq leh refill ikut suka.. :D
7 comments:
xpa... burger abg Samad ada... hahaha....
ya betoi.beger abg samad ditepinya ada lori
mintak nk share link article ni bole??
buleh..xde masalah..
credit to me..
hahahahaha ;p
sila2..
Salam..
Kalau tak makan McD lebih baik, kurang mudarat pada kesihatan (kandungan lemak tepu & garam yg tinggi penyebab utama serangan jantung)..
Selain itu, Jgn lupa McD juga menyumbang kepada ekonomi Amerika & Pembunuh Umat Islam di Palestin (Israel laknatullah). Walhal byk pilihan makanan lain yg kita boleh makan.
Argument ttg orang Islam yang bekerja di McD utk mengharuskan makan McD amat lemah dan tidak munasabah.
Tepuk dada tanya iman...
Salam Ramadhan,
-Mentadak Hijau-
I will right away grab your rss feed as I can't find your email subscription hyperlink or e-newsletter service. Do you've
any? Kindly permit me know in order that I may just subscribe.
Thanks.
My web blog :: spiele online
Wow, fantastic weblog format! How lengthy have you been blogging for?
you made blogging look easy. The whole look of your website is great, as neatly as the content material!
Here is my web page; super casino
Post a Comment