Assalamualaikum wbt..
Salam Ramadhan al-Mubarak..
Rasanya hari ni pakat ramai tau dah kot ttg isu ni, mungkin sbb dah keluar kat paper ditambah tengah bulan puasa ni..time2 mcm ni sensitiviti umat Islam kat negara kita mmg dilihat menebal.. :D
Namun, isu berkenaan 'Jus Buahan' yang mengandungi Alkohol bukanlah satu isu terbaru malahan telah disuarakan oleh CAP-Consumer's Association of Penang semenjak MAC 2009. Telah sekian lama disuarakan namun masih tiada lagi tindakan pencegahan atau penyekatan daripada pihak ber-WAJIB..
Untuk yg terlepas tentang isu ini boleh rujuk atau lawat di webpage yg disediakan ini :
http://www.malaysiakini.com/news/140953
Namun,aku sedih jugak bila melihat dari segi peranan media semasa kat negara kita ni..toksah pi jauh, tengok saja yg melaporkan berita tersebut hari ini (gambar atas).. sikit pun tidak menyatakan nama/jenis minuman yg dimaksudkan..bahkan gambar botolnya pun seakan diselindung daripada jenama minuman berkenaan..mungkin aku salah faham, atau perkara ini memang berlaku dengan niat..wallahua'lam..
Aku tetap tak puas hati sbb ni isu penting..! Jadi,melalui pengamatan aku yg tak berapa nak tajam ni, ditambah dengan bantuan Google sket maka inilah jenama atau jenis minuman yang dimaksudkan beserta gambar botol minuman tersebut. betul atau tidak, sama2 kita buat pengesahan bila ada masa ke mana-mana hypermarket..insyaAllah..
Storm Twistonic Gin & Tonic (6.3 peratus alkohol), Storm High Ball (5.6 peratus alkohol), Storm Screw Driver (5.6 peratus alkohol), Pelican Black Current + Vodka (5 peratus alkohol), Pelican Pink Vodka (5 peratus alkohol) dan Pelican Vodka Orange (5 peratus alkohol)
ps : setiap jenama yg dipaparkan di atas tidak dapat aku sahkan kebenarannya..hanya melihat dari segi faktor bentuk botol dan hanya sedikit gambaran jenama yg sangat tidak jelas melalui gambar di atas..wallahua'lam..
(kalau dah nama vodka atau gin tu mmg sah2 dah jenis kaum kerabat arak..!!)
0 comments:
Post a Comment