socrates

listen.understand.think.create

HOME STORY NEWS TUTORIAL INFO SPYSHOT VIDEO MOVIE-TVs eBOOK FACEBOOK



Assalamualaikum wbt.
Selamat Sejahtera.


Lama sudah tidak meng-update blog. InsyaAllah, akan mula meng-update-nya start hari ni. hehe. so, anggaplah entry ni sbg warming up ok..

ISMAIL (duduk dua dari kiri) bersama pegawainya mendengar taklimat mengenai mock kasino di di Maktab PDRM di Cheras semalam. Duduk di sebelah Ismail Timbalan Presiden Eksekutif Operasi Resort Genting Malaysia Berhad, Kevin Sim Kia Ju.


KUALA LUMPUR - Polis telah mewujudkan makmal kasino atau mock casino yang didirikan di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras di sini bagi melatih pegawai dan anggotanya supaya menjadi pakar dalam menangani jenayah perjudian.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, mock casino tersebut didirikan dengan peruntukan RM198,000 manakala peralatan dan kelengkapan perjudian bernilai RM110,000 disumbangkan oleh Genting Malaysia Berhad.

Menurut beliau, penubuhan makmal yang mirip kasino sebenar itu yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan perjudian seperti roullette, mesin slot dan cip bertujuan melatih pegawai JSJ menjadi pakar dalam judi.

"Ibarat untuk menangkap pencuri, perlu jadi pencuri," ujar Ismail.

Kata Ismail, sejak tahun 2000 sehingga 2009, seramai 318 pegawai telah dihantar menjalani kursus di makmal tersebut dan mereka telah diiktiraf sebagai pakar judi.

Ismail berkata demikian di Maktab PDRM ketika beliau memperkenalkan tiga inisiatif baru PDRM bagi memperkasakan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dalam penyiasatan dan membanteras kegiatan jenayah.

Selain mock casino, dua lagi inisiatif baru yang diumumkan oleh Ismail ialah penerbitan buku manual Prosedur Operasi Standard (SOP) siasatan jenayah berat dan laman Portal JSJ Update.
Aku langsung 'tak boleh blah' dgn dgn penyataan yg aku bold-kan tu.. kalau mcm tula pegangan Polis kat Malaysia hari ni, mcm mana pulak nak benteras jenayah lain..?? contoh mcm rogol.. takkan Polis kat Malaysia ni kena jalani latihan untuk jadi perogol..?? Apa yang aku tau, "Matlamat langsung tak menghalalkan CARA". Lagi satu, apa RASIONAL nya polis tau main judi..?? Adakah dalam undang-undang sivil kat dunia kata nak tangkap org main judi memerlukan penguatkuasa itu tahu akan selok-belok perjudian..??

Kalau diorang belanjakan RM198,000 tu untuk program-program motivasi atau membina jati diri Polis lagi bagus.. Banyakan program-program berunsurkan agama ke.. Ramai lagi Polis yg 'corrupt' perlu dibimbing ke jalan yang betul..!!

Aku tak kata semua Polis ok.. Dalam keluarga aku sendiri pun ada yang menganggotai bidang kepolisian ni.. Tapi adat la, 'Nila setitik, rosak susu sebelanga'

ps: Ok, kalau apa yg aku cakapkan ni boleh timbulkan isu, sila bincangkan dalam ruangan comment ok.. TQ

1 comments:

btul2... belanjakan utk program2 agama ke lg bagus.. rosak akidah je..

Kalau nak tangkap penzina jdlah penzina dulu, kalau nak tgkap org buang bayi jdlah pembuang bayi dulu, kalau nak tangkap perasuah, jadilah perasuah dulu...
kalau xnak jadi orang bodoh, jadilah orang bodoh dulu..

Link Exchange

Kepada sesiapa yang datang ke Blog ini & ingin meninggalkan jejak, saya alu-alukan niat murni anda. Tinggalkan Link ke Blog anda untuk saya balas kunjungan. Terima Kasih :D

guyo


About this blog

Everything About Knowledge and Skill

Followers

Lenny wonderpet


ShoutMix chat widget

buzz when u care

twit-twit

Facebook Badge

gets my updates

Bookmark and Share

Add to Google Reader or Homepage

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

paste this onto ur page

BannerFans.com

advertisment

owez
aDRiaNa
BannerFans.com
BannerFans.com

oldschoolership

IPGM - bloggers

SUARA GURU MALAYSIA
Ehoza.com - Global Information Community

ehoza squadron